klau nak memandu terus ke perlis tu memang penat..jauh benor.
Masuk2 tol K.K nanti jalan je terus kat sebelah kanan anda akan melihatttttt...
Masjid Al-Wahidiah, Kampung Kuala Dal, Padang Rengas

Dibina oleh Sultan Iskandar Shah.Baginda telah berniat atau bernazar untuk membina sebuah masjid apabila salah seorang daripada anakanda baginda telah sembuh dari gering. Lokasi Kampung Dal menjadi pilihan kerana baginda dan para pembesar serta kerabat DiRaja sering pergi berkelah di Lata Bubu iaitu kawasan perkelahan DiRaja yang berhampiran dengan kampung tersebut. Di dalam perjalanan baginda sering melihat orang-orang kampung tersebut bersembahyang di madrasah yang telah usang.
Maka lahirlah rasa belas kasihan baginda terhadap penduduk setempat, dengan itu masjid yang telah siap dibina itu dinamakan Masjid Ikhsaniah Iskandariah.
Pembinaan masjid ini diketuai oleh tukang berbangsa Cina dan dibantu oleh orang-orang kampung tersebut secara bergotong-royong di dalam menyiapkan kerja-kerja mengayam dinding tepas atau kelarai dan ukiran kayu..
Uniknya masjid ini kerana terdapat anyaman motif bunga yang menghiasi masjid ini.
Masjid Ubudiyah

Dibina oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya..
Pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.Akibat daripada pergaduhan itu,musnahlah batu marmar tesebut.
maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00..
Esoknya,kami menyambong perjalan kami ke Perlis.
Sampai di sana perut pun beraya sakan lah walaupun poket tidak beraya dengan duit..heheh..biasalah budak dah besauw katakan..
Lau time raya je.
memang daging2 korban akan dibua bakar!!.
cicah air asamm..
aduhaiii..teringat balik
meleleh air liur..
kena plak dengan air asam yang pedas..
mmg terangkat!!
terjelir lidah tahan pedasssss..heheh
Makanan orang utara selalunya ialah kari daging dengan ketupat palas.bihun kuning pun ada.
teringin nak makan makanan raya orang johor yang unik iaitu lemang periuk kera..
huu.apakah rasanya??
tak tahulah den.
Sempat juga buat photoshoot..antara gambar2 yang diambil..















alang2 dah lalu kedah on the way nak balik kl.,jalan2 lah sebentar di sana.
Teringin pula rasa Radix Fried Chicken..Saudara kat perlis tu semua dah cuba.
apa lagi.
pusing stereng ke arah alor setar cari kedai dia...
Boleh tahan juga rasanya..
yang penting kita kena sokong orang melayu kita ok!
Radix adalah jenama orang melayu..jadi kita sokonglah bangsa kita sendiri..
Janganlah asyik makan kat restaurant luar negara je.
cubalah sekali sekala rasa
ya,tok,nek,acik,makcik,kakak,adek..
selamat datang ke radix friend chicken!!!!!(bunyi ayam jantan berkokok merdu)..
Menu hari ini adalahh..


Muzium Padi

Terletak di Gunung Keriang, muzium ini menunjukkan perkembangan penanaman padi menggunakan peralatan tradisional sehingga ke peralatan moden.
Bayaran masuk dia murah saje iaituu..tak payah nak masok akaun buku 55.mampu je.
RM3.00 (Dewasa) RM1.00 (Kanak-kanak) RM2.00 (kamera).
Antara yang menarik di dalam..

benda ni adalah lukisan di dinding..kat dinding ada dilukis lukisan pemandangan kampung..ada sawah..rumah kampung..orang naik beca..halus dan menarik lukisan dia..benda ni akan berhenti dan bergerak perlahan-lahan..
lau laju nanti dah pening semua orang plak!.hehe

jelapang padi
Antara yang comel di dalam.(hehe)

yeaahhhhhhhhh!!!!!.
aku hensem dari pontianak twilight ok!!..
versi pontianak perkebun!.heheh

haa..yang 3 ekor ni tak comel ok..tolonglahh..tolonglahhh.(10x)
hahahhaa.
Itulah sahaja aktiviti saya semasa hari raya haji!!